Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW

Wednesday, March 10, 2010

Kakitangan Awam Tidak Dikenakan Caj Wad

Kerajaan sekarang memberi inisiatif kepada anggota perkhidmatan awam, terhadap pemansuhan caj wad pada 1 april 2010.



Ini bermakna secara rasminya kerajaan memberi keistemewaan dan kemudahan kepada anggota perkhidmatan awam, justeru meringankan beban kepada anggota kerajaan yang berpendapatan rendah.


Sebanyak 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara akan mendapat kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.


mengikut keaadaan bayaran terdahulu, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang (RM10 sehari), Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua iaitu RM8 sehari), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga iaitu RM6 sehari) dan Gred 1-20 (Kelas 2) iaitu RM3 sehari.


Tapi di sebalik tindakkan pemansuhan caj wad di berikan kepada kerajaan, kita tidak boleh lupa kepada kakitangan swasta dan pengganguran diluar harus turut diberikan keistemewaan kepada mereka kerana mereka juga ada yang berkerja dengan berpendapatan rendah dan ada yang tidak berkerja. Cuba kita renungkan sejenak terhadap nasib mereka ini. adakah mereka ini tidak diberikan inisiatif keistemewaan juga terhadap caj wad percuma kepada mereka.


Oleh itu kerajaan perlu mempertimbangkan dan menkaji semula terhadap caj wad dimansuhkan kepada anggota kerajaan dan perlu memberikan perkhidmatan tersebut secara sama rata, samaada agensi kerajaan dan swasta bagi untuk kepentingan rakyat di dalam negara malaysia ini.



“ BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT “

No comments:

Post a Comment