Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW

Tuesday, March 16, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW (Khutbah ini disampaikan pada 9 hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah Di Lembah Uranah,Gunung Arafah)

Wahai Manusia, dengarlah baik - baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengeitahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata - kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang - orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhintungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkankan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi Keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara - perkara besar, maka berjaga - jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara - perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak di atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberikan makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah - lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh - sungguh kata - kataku ini, sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkn di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali - kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata - kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua - duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama - lamanya. Itulah AL - QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang - orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir mendengarnya lebih memahami kata - kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah akau sampaikan risalahMu kepada hamba - hambaMu.

(Cetakkan JAWI)

Wednesday, March 10, 2010

Dimansuhkan Bayaran Wad

Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad kepada anggota perkhidmatan awam, tujuan tersebut adalah untuk meringankan beban anggota kerajaan berpendapatan rendah.

Keadaan itu juga akan mendapatkan faedah daripada pengumuman baru kerajaan ini membabitkan 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

Kakitangan Awam Tidak Dikenakan Caj Wad

Kerajaan sekarang memberi inisiatif kepada anggota perkhidmatan awam, terhadap pemansuhan caj wad pada 1 april 2010.



Ini bermakna secara rasminya kerajaan memberi keistemewaan dan kemudahan kepada anggota perkhidmatan awam, justeru meringankan beban kepada anggota kerajaan yang berpendapatan rendah.


Sebanyak 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara akan mendapat kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.


mengikut keaadaan bayaran terdahulu, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang (RM10 sehari), Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua iaitu RM8 sehari), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga iaitu RM6 sehari) dan Gred 1-20 (Kelas 2) iaitu RM3 sehari.


Tapi di sebalik tindakkan pemansuhan caj wad di berikan kepada kerajaan, kita tidak boleh lupa kepada kakitangan swasta dan pengganguran diluar harus turut diberikan keistemewaan kepada mereka kerana mereka juga ada yang berkerja dengan berpendapatan rendah dan ada yang tidak berkerja. Cuba kita renungkan sejenak terhadap nasib mereka ini. adakah mereka ini tidak diberikan inisiatif keistemewaan juga terhadap caj wad percuma kepada mereka.


Oleh itu kerajaan perlu mempertimbangkan dan menkaji semula terhadap caj wad dimansuhkan kepada anggota kerajaan dan perlu memberikan perkhidmatan tersebut secara sama rata, samaada agensi kerajaan dan swasta bagi untuk kepentingan rakyat di dalam negara malaysia ini.



“ BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT “

Tuesday, March 9, 2010

Hubungan Antara Kelincahan, Kelentukan dan Keseimbangan dengan Kemampuan Menggiring Bola...


Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui; (1) ada hubungan antara kelincahan dengan kemampuan menggiring bola; (2) hubungan antara kelentukan dengan kemampuan menggiring bola; (3) hubungan antara keseimbangan dengan kemampuan menggiring bola atas, dan (4) hubungan antara kelincahan, kelentukan dan keseimbangan dengan kemampuan menggiring bola. Penelitian ini adalah jenis penelitian deskriptif yang menggunakan rancangan penefitian "korelasional". Populasinya adalah siswa SDN No.85 Sangbua Kabupaten Tana Toraja. Sampel yang digunakan adalah siswa putra sebanyak 60 orang. Teknik penentuan sampel adalah dengan pemelihan secara acak dengan cara undian (Simple Random Sampling). Teknik analisis data yang digunakan adalah analisis regresi ganda tiga prediktor, analisis koefisien korelasi Pearson product moment (r), dan analisis korelasi ganda (R) melalui program SPSS 12 pada taraf signifikan α = 0,05.

Hasil penelitian menunjukkan bahwa; (1) Ada hubungan yang signifikan antara kelincahan dengan kemampuan menggiring bola, dengan nilai ro sebesar 0,555; (2) Ada hubungan yang signifikan antara kelentukan dengan kemampuan menggiring bola, dengan nilai ro sebesar -0,663; (3) Ada hubungan yang signifikan antara keseimbangan dengan kemampuan menggiring bola, dengan nilai ro sebesar -0,396, (4) Ada hubungan yang signifikan antara kelincahan, kelentukan, dan keseimbangan dengan kemampuan menggiring bola, dengan nilai RO sebesar 0,716.

Kata kunci: kelincahan, kelentukan, keseimbangan, kemampuan menggiring bola, sepak bola

(Sumber: Jurnal Nalar Volume 1 Nomor 7 Tahun 2008, Hal. 245)

kelincahan

allowFullScreen" value="true">

Monday, March 8, 2010

Ilmu Kenegaraan


Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin serta pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan meninggikan martabat dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Ilmu kenegaraan pula lebih menjurus kepada pengajian mengenai Malaysia termasuklah sistem demokrasi berparlimen, kemerdekaan, sejarah awal hingga kontemporari, perbincangan mengenai kepelbagaian masyarakat majmuk, sistem raja berpelembagaan, dasar - dasar dan pentadbiran awam serta rancangan - rancangan pembangunan fizikal, sosial, pendidikan, ekonomi, keagamaan, peranan Malaysia dalam ehwal antarabangsa dan seumpamanya.


Kalau kamu berada dirumah orang, hendaklah kamu jaga matamu, jika kamu berada di tengah orang ramai, jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jaga perangaimu.

(Lukmanul Hakim)

Kepimpinan



Teras aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.


Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbading wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal - soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara - perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya; Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina; Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Saidina Umar Al-Khattab