Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW

Tuesday, March 16, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW (Khutbah ini disampaikan pada 9 hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah Di Lembah Uranah,Gunung Arafah)

Wahai Manusia, dengarlah baik - baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengeitahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata - kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang - orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhintungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkankan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi Keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara - perkara besar, maka berjaga - jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara - perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak di atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberikan makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah - lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh - sungguh kata - kataku ini, sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkn di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali - kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata - kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua - duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama - lamanya. Itulah AL - QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang - orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir mendengarnya lebih memahami kata - kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah akau sampaikan risalahMu kepada hamba - hambaMu.

(Cetakkan JAWI)

No comments:

Post a Comment